Monday, February 11, 2008
Tuesday, October 23, 2007
KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Friday, October 12, 2007
Thursday, September 13, 2007
TAUJIHAD UNTUK ORANG YANG BERPUASA
- Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan pengampunan daripada Allah SWT maka akan diampunkan baginya segala dosa-dosa terdahulu.
- Dan ingatlah bagi mereka yang berbuka pada siang hari di bulan Ramadhan tanpa uzur, sesungguhnya ia adalah dosa yang paling besar.
- Memperbanyakkan sembahyang tarawih dan tahajud di malam Ramadhan terutamanya pada malam Lailatulqadar.
- Setiap doa dan amalan yang akan diterima oleh Allah taala bersumberkan konsep yang halal sama ada pada makanan, minuman, dan pakaian.
- Peliharalah sembahyang fardhu pada waktunya dengan berjemaah di masjid.
- Membanyakkan sedekah, sesungguhnya sedekah paling afdhal ialah bersedekah di bulan Ramadhan.
- Ingatlah waktu yang dimanfaatkan dengan amalan yang baik, maka kamu akan bertanggungjawab ke atasnya, maka diberi pahala pada amalan yang baik dan diberi balasan pada amalan yang buruk.
- Bersedia untuk berpuasa dengan bersahur di akhir malam dan sebagaimana sunnah dilewatkan selama mana tidak dibimbangkan terbitnya fajar.
- Menyegerakan berbuka apabila telah pasti terbenamnya matahari.
- Mengambil peluang di bulan yang penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan amalan yang baik seperti membaca Al-Quran, bertadabbur, berfikir dan mengingati tentang hari kiamat.
- Peliharalah lidah kamu daripada bercakap bohong, mengumpat dan melaknat, sesungguhnya perbuatan itu boleh mengurangkan pahala puasa kamu.
- Lahirkan puasa kamu dengan bertakwa kepada Allah SWT, bersyukur pada nikmat yang dikurniakan, sentiasa beristiqamah di dalam melakukan ibadat, ketaatan dan menunaikan semua perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.
- Banyakkan berzikir, beristighfar, memohon kepada Allah taala agar ditempatkan di dalam syurga dan dijauhkan daripada seksaan api neraka.
- Banyakkan berdoa untuk diri sendiri, kedua ibu bapa, keluarga, saudara-mara, ahli keluarga dan muslimin serta muslimat sama ada yang hidup atau pun yang telah tiada.
- Bertaubatlah dengan taubat nasuha pada setiap waktu, hindarilah maksiat. Dan berazam tidak akan melakukan kesalahan yang lalu, sesungguhnya Allah SWT akan mengampunkan dosa bagi orang yang bertaubat.
- Berterusan melakukan amalan yang baik dengan keimanan dan ketakwaan walaupun berlalunya Ramadhan sehingga roh dan jasad kembali kepada Allah taala.
- Perbanyakan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan orang-orang yang mengikutinya hingga hari pembalasan.
- Berpuasalah 6 hari daripada bulan syawal, barang siapa yang berpuasa dibulan ramadhan dan diikuti pula puasa 6 hari daripada syawal seumpama berpuasa setahun.
Marilah kita menunaikan Ramadhan kali ini dengan penuh keazaman untuk menjaga sunnah-sunnah dan adab-adabnya, semoga Ramadhan kali ini dapat melipat gandakan amalan kita daripada bulan-bulan Ramadhan yang telah kita lalui sebelum ini. Sama-samalah kita memohon dari Allah SWT agar diterima setiap amalan yang kita lakukan ini. Amin Ya Rabbal A'lamin.
Tuesday, September 11, 2007
Satelit Bersaksi Dengan Kenabian Muhammad S.A.W
Allah s.w.t telah memerintahkan kepada Muslimin supaya mereka menghadap di dalam solat mereka ke arah kiblat yang satu iaitu Kaabah Al-Musyarafah di Makkah Al-Mukarramah. Firman Allah s.w.t maksudnya:
“....Oleh itu palingkanlah mukamu ke masjid Al-Haram (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya....” [1]
Makna “oleh itu palingkanlah mukamu ke masjid Al-Haram” iaitu ke arahnya sebagaimana berkatanya para ahli tafsir[2]. Ada pun orang yang solat dalam keadaan dia melihat Kaabah, maka sesungguhnya diperintahkan kepada mereka supaya menghadap tubuhnya ke arah binaan Kaabah itu sendiri.
Daripada Ibnu Abbas r.a telah berkata: “Tatkala Nabi s.a.w masuk ke dalam Kaabah lalu Baginda berdoa di setiap sudut dan Baginda tidak bersolat di dalamnya sehinggalah Baginda keluar daripadanya, apabila keluar barulah Baginda bersolat dua rakaat di belakang Kaabah seraya bersabda: “inilah kiblat”[3].
Dan sesungguhnya Al-Qurtuby telah menceritakan bahawa telah ijma’ ( sepakat ) para ulamak hukum menghadap ke arah binaan Kaabah bagi mereka yang melihat Kaabah ialah fardu ain[4]. Sekiranya melihat Kaabah itu menjadi satu kelebihan dan diberi ganjaran pahala terhadap seorang Muslim sebagaimana telah sabit daripada kata-kata Ibnu Mas’ud[5] maka sesungguhnya orang-orang yang solat menghadap ke arah binaan Kaabah paling sempurna penghadapannya ke arah kiblat daripada selain mereka.
Dan tatkala masyarakat di Yaman telah memeluk agama Allah secara berbondong-bondong[6] lalu Baginda menghantar kepada mereka para guru daripada kalangan Sahabat untuk mengajarkan mereka tentang Islam, di antara mereka ialah Saidina Ali bin Abi Talib, Mu’az bin Jabal, Abu Musa Al-Asy’ari, Wabr bin Yuhannas dan lain-lain lagi r.a. Rasulullah s.a.w telah mengarahkan Wabr bin Yuhannas Al-Khaza’i yang di hantar ke Sana’a supaya membina masjid untuk mereka yang dikenali sekarang Masjid Sana’a, Baginda juga telah menentukan sifat binaan masjid tersebut, lalu Baginda tentukan kedudukan Masjid tersebut di Sana’a, juga menentukan tanda yang nyata iaitu Bukit Dhin yang terletak lebih kurang sejauh 30 km dari Sana’a. Dengan penentuan Bukit Dhin tersebut maka ditentukan kepada mereka jarak sudut di antara kedudukan masjid dan bukit Dhin sebagaimana ditentukan iaitu bukit tersebut sebagai arah kiblat masjid.
Rasulullah s.a.w adalah seorang yang maksum ( terlepas daripada melakukan kesilapan ) Bagindalah yang menentukan sifat serta kedudukan masjid dengan teliti, jarak sudut ke arah Kaabah, dan arah masjid yang menghala Kaabah. Maka sudah tentulah arah yang ditentukan itu amat tepat, oleh kerana itulah masyarakat Yaman sampai sekarang masih menganggap ianya sebagai Masjid yang paling afdal di Yaman kerana ianya dibina bertepatan dengan ketentuan serta sifat yang diarahkan oleh Rasul s.a.w sendiri[7].
Jadi oleh kerana di antara sifat penting masjid tersebut ialah ketepatan kiblatnya ke arah binaan Kaabah. Maka marilah sama-sama kita melihat pada kajian ini bagaimanakah Rasulullah s.a.w menentukan ciri serta arah kiblat yang menjadikan orang-orang yang bersolat di Masjid Sana’a tidak hanya menuju ke arah Masjid Al-Haram bahkan mereka betul-betul menuju ke arah binaan Kaabah seolah-olah mereka dapat melihatnya dan inilah di antara ciri kesempurnaan Masjid tersebut.
Dan dengan sifat yang begitu tepat daripada Rasul s.a.w yang seolah-olah ditentukan dengan meletakkan kayu ukur yang lurus dari kedudukan masjid ke Kaabah di dalam Masjidil Haram di Makkah Mukarramah.
SYARAT-SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MELUKIS SATU GARISAN DI ANTARA DUA BANDAR YANG BERJAUHAN:
Sesungguhnya jarak di antara Sana’a dan Makkah ialah ( 815 km ) lebih kurang. Maka jika kita ingin melukis satu garisan yang lurus di antara Makkah dan Sana’a, maka tidak dapat tidak kita memerlukan perkara di bawah ini:-
1. Adanya peta yang lengkap yang berdasarkan gambar realiti rupa bentuk bumi yang dirakam melalui kapal terbang atau satelit untuk membolehkan kita menentukan kedudukan masjid serta kedudukan Makkah dengan penentuan yang tepat.
2. perlunya mengetahui garis lintang serta garis bujur di atas permukaan bumi yang bulat untuk mengetahui jarak sudut di antara dua tempat tersebut berdasarkan kutub utara.
3. perlunya mengetahui kadar ketinggian Makkah dan Sana’a dari paras laut untuk membolehkan kita mengetahui darjah lekongan dari natijah permukaan bumi yang bulat.
Peta-peta dunia yang mendatar tidak sama sekali dapat memberikan gambaran yang sebenar dengan teliti kerana bentuk bumi adalah bulat bukan berbentuk mendatar oleh itu jika diletakkan peta-peta yang mendatar tersebut walaupun ianya amat terliti kita akan kehilangan bacaan jarak serta arah sebenar di antara dua tempat yang berjauhan di atas permukaan bumi.
BILAKAH MANUSIA DAPAT MEMENUHI SYARAT-SYARAT TERSEBUT ?
1. Manusia tidak dapat meletakkan satu lakaran yang tepat bagi permukaan bumi melainkan pada kurun ke 20 Masihi setelah mereka dapat menciptakan kapal terbang dan roket yang mampu terbang jauh ke angkasa lepas yang dapat membawa satelit serta kamera yang dapat merakam dengan teliti dan lain-lain lagi peralatan.
2. Dan manusia juga tidak mampu meletakkan garisan lintang serta garisan bujur secara teliti melainkan pada kurun ke 20 setelah mereka dapat melakarkan peta dunia yang lengkap yang merangkumi seluruh permukaan bumi, laut, pulau serta benua.
3. Manusia juga tidak dapat mengetahui kadar rendah serta ketinggian permukaan bumi melainkan pada kurun ke 20 setelah mereka memiliki segala peralatan yang lengkap untuk menentukan ketinggian setiap bukit dan rendah setiap lembah di atas permukaan bumi.
ADAKAH SYARAT-SYARAT TERSEBUT DIPEROLEHI PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W ?
Jawapannya tidak...........semua orang yang berakal mengetahui lebih-lebih lagi para pengkaji serta penyelidik. Perhatikanlah kepada peta yang pertama yang dilakarkan oleh Al-Idrisi pada tahun ( 1154M ) selepas lebih kurang 5 kurun setengah daripada hijrah Nabi s.a.w. Beliau telah melakarkan negeri Yaman terletak di sebelah tenggara semenanjung manakala Oman di sebelah timur laut semenanjung:-
Juga perhatikan peta yang dilakarkan oleh Giovanni Leardo tiga kurun selepas lakaran Al-Idrisi. Kemudian perhatikan pula peta semenanjung Arab yang dirakamkan melalui satelit, nescaya kita akan dapati perbezaan di antara kedudukan Makkah dan Yaman, lebih-lebih lagilah perbezaan di antara kedudukan Sana’a dan Makkah:-
Ketahuilah bahawa Al-Idrisi dan Giovanni Leardo adalah orang yang paling hebat melakarkan peta dunia !!! beberapa kurun selepas zaman Nabi s.a.w.
Jawapannya juga tidak... kerana manusia tidak mampu untuk menentukan tempat bagi setiap kawasan di atas muka bumi ini dengan secara teliti untuk membolehkan mereka melakarkan satu garisan yang lurus di antara dua buah bandar yang saling berjauhan melainkan setelah terciptanya kapal terbang, alat rakaman yang canggih, meletakkan garisan lintang dan garisan bujur, penemuan alat-alat yang dapat menentukan arah ketinggian kawasan daripada permukaan laut, terciptanya roket yang dapat menembusi angkasa lepas serta dapat membawa satelit ke luar lapisan ozon.
Dan semua syarat-syarat ini tidak diperoleh oleh manusia melainkan selepas 14 kurun daripada kebangkitan Nabi s.a.w.
PERHATIAN
Satelit pertama yang dilancarkan di dalam sejarah kemanusiaan ialah Sputnik yang dilancarkan oleh Russia pada tahun 1957 M.
Dan pada tahun 1958 M Amerika Syarikat melancarkan satelit pertama mereka yang dinamakan sebagai ‘PEMBONGKAR’.
RASULULLAH S.A.W MENENTUKAN TAPAK DAN KIBLAT MASJID SANA’A.
Sebelum 14 kurun lalu Nabi s.a.w telah menentukan tapak Masjid Sana’a. Lalu Baginda s.a.w telah menentukan kedudukan Masjid, juga menentukan sudut yang betul ke arah Makkah sebagaimana Baginda menentukan arah kiblat yang tepat kepada binaan Kaabah.
MASJID SANA’A DAN ARAHAN MEMBINANYA OLEH NABI S.A.W.
Pertama: Apa yang disebut di dalam kitab-kitab hadis.
At-Tabarani telah meriwayatkan di dalam Al-Mu’jam Al-Ausat[8]. Beliau berkata: berkata Wabr bin Yuhannas Al-Khuza’i r.a: “Rasulullah s.a.w telah bersabda kepadaku”: “ Apabila engkau membina Masjid Sana’a, maka jadikanlah binaannya di sebelah kanan bukit yang dipanggil Dhin”.
Al-Haisami telah berkata[9]: At-Tabarani telah meriwayatkan di dalam kitabnya Al-Ausat dan sanad hadisnya adalah hasan ( baik ). Ibnu Sakan dan Ibnu Mundah juga telah meriwayatkannya sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz di dalam kitabnya Al-Ishobah[10].
Maka sabda Rasulullah s.a.w: “Jadikanlah binaannya di sebelah kanan bukit yang dipanggil Dhin”. Iaitu Baginda telah menentukan sudut masjid dengan tepat ke arah Kaabah.
Kedua: Apa yang disebut di dalam kitab-kitab sejarah.
Al-Hafiz Ar-Razi[11] dalam kitabnya Tarikh Sana’a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengarahkan Wabr bin Yuhannas Al-Ansari tatkala mengutus beliau ke Sana’a sebagai gabenor, lalu Baginda bersabda: “Serulah mereka kepada iman, sekiranya mereka patuh serta taat kepada engkau maka sebutkan kepada mereka tentang syariat solat, sekiranya mereka patuh serta taat kepada engkau maka suruhlah mereka membina masjid di taman kepunyaan Bazan daripada batu besar yang asal dari Ghamdan dan jadikanlah kiblatnya ke arah bukit yang dipanggil Dhin”.
Dan apabila Wabr memberitahu kepada mereka tentang ciri-ciri binaan masjid yang diarahkan oleh nabi s.a.w. lalu Aban bin Sa’id datang serta membina masjid tersebut mengikut ciri-ciri yang diarahkan oleh Baginda s.a.w di dalam taman kepunyaan Bazan yang asal batu besar dan beliau menghadapkan arah kiblatnya ke bukit Dhin.
Ar-Razi berkata: “Rasulullah s.a.w telah menulis surat kepada Wabr supaya beliau membina masjid daripada pagar kepunyaan Bazan dan menjadikannya bermula daripada batu besar sehingga ke temboknya serta menghadapkan kiblatnya ke arah bukit Dhin”.
Dan sabda Rasulullah s.a.w: (“Maka suruhlah mereka membina masjid di taman kepunyaan Bazan daripada batu yang asalnya dari Ghamdan dan jadikanlah kiblatnya ke arah bukit yang dipanggil Dhin”). Dan apa yang telah disebutkan di dalam surat Nabi kepada Wabr (“Membina masjid daripada pagar kepunyaan Bazan dan menjadikannya bermula daripada batu besar sehingga ke temboknya”). Adalah penentuan yang terperinci tentang kedudukan dan tempat masjid tersebut.
Dan sabda Rasulullah s.a.w: (“dan jadikanlah kiblatnya ke arah bukit yang dipanggil Dhin”). Dan juga sabdanya: (“serta menghadapkan kiblatnya ke arah bukit Dhin”). Adalah penentuan yang tepat tentang arah kiblat masjid tersebut.
MASJID SANA’A DAN KEDUDUKANNYA PADA HARI INI
Pertama: Masyarakat di Yaman yang terdahulu dan generasi kini telah memelihara tapak masjid yang diperintahkan Rasul supaya membinanya iaitu mereka memelihara tanda dan ciri-ciri yang telah ditentukan oleh Rasul s.a.w seperti Batu Mulamlamah salah satu daripada dua batu penanda masjid sebagaimana telah disebut sebentar tadi. Dan kedudukannya pada hari ini di antara dua tiang masjid yang dinamakan salah satunya Al-Masmurah dan yang satu lagi Al-Manqurah. Sebahagian masyarakat di Yaman melampau dalam mengagungkan Masjid Sana’a sehinggakan mereka tidak menerima sumpah daripada pihak lawan dalam pergaduhan yang dahsyat melainkan pihak lawan tersebut bersumpah di depan Al-Masmurah dan Al-Manqurah iaitu di masjid yang diarahkan binaannya oleh Rasul s.a.w.
Kedua: setiap kali berlakunya pembinaan untuk meluaskan masjid, maka kerja-kerja binaan tersebut tidak akan memberi kesan terhadap binaan asal masjid yang ditentukan oleh Rasul tersebut. Akan tetapi pembinaan untuk meluaskan masjid berlaku di sebelah kanan, kiri dan di hadapannya dan masjid asal telah dipisahkan di antara binaan baru tersebut oleh halaman yang luas di tengah-tengah masjid dan hal ini telah dinyatakan oleh Ar-Razi di dalam kitabnya Tarikh Sana’a.
Ketiga: ini adalah sebahagian gambar-gambar Masjid Sana’a:-
PROGRAM GOOGLE EARTH
Program google earth di dalam Internet telah memberikan maklumat kepada pengunjung mereka tentang sebahagian besar kedudukan tempat-tempat di permukaan bumi – negara-negara, bandar-bandar serta kampung-kampung – dengan disertakan dapat menentukan sesuatu tempat tersebut serta dapat melihat dengan secara dekat dan jelas melalui program 3d yang dirakam melalui satelit dan kapal-kapal terbang dan ia adalah gambar realiti sebagaimana yang dipaparkan di dalam Internet[12]
PENYESUAIAN HADIS RASULULLAH S.A.W DENGAN PROGRAM GOOGLE EARTH.
Pertama: kita telah nyatakan sebelum ini tentang program google earth, dengan program ini kita mampu melihat bahagian-bahagian yang luas di atas muka bumi dengan menentukan serta menghampirkan pemandangan setiap bahagian tersebut. Rasul s.a.w telah menentukan di dalam hadisnya dua tempat iaitu Masjid Sana’a dan Bukit Dhin. Dan kedua-dua tempat ini telah dapat dilihat melalui google earth yang dirakam melalui satelit. Berikut adalah gambar kedua-dua tempat tersebut:-
Kedua: sekiranya kita letakkan satu garisan yang lurus di tengah-tengah masjid iaitu tanda yang ditentukan oleh Rasul untuk membinanya sebagaimana di dalam gambar berikut:-
Kemudian kita teruskan garisan lurus itu menuju ke puncak bukit Dhin sebagaimana di dalam gambar di bawah ini:-
Seterusnya kita panjangkan garisan lurus itu yang bermula daripada arah kiblat Masjid Sana’a yang ditentukan Rasul dari Al-Masmurah dan Al-Manqurah sekarang terus menuju ke puncak bukit Dhin, maka pasti kita akan dapati ianya secara lurus akan menuju ke Makkah seterusnya ke tengah-tengah dinding Kaabah di antara rukun Yaman dan Hajar Aswad. Lihat gambar berikut:-
Dan ketika kita menjauhkan sedikit jarak pemandangan 3d ini kita akan dapati garisan tersebut seperti di bawah:-
Maka natijah daripada penyesuaian ini akan terhasil seperti berikut iaitu garisan yang lurus daripada kiblat masjid yang disifatkan oleh Rasul menuju ke puncak bukit Dhin seterusnya sampai ke tengah perut Kaabah Yang Mulia:-
BENTUK-BENTUK E’JAZ DARIPADA HADIS NABI S.A.W
Manusia tidak mampu untuk melakarkan garisan yang lurus di atas permukaan bumi yang bulat ini di antara dua bandar yang berjauhan melainkan seseorang itu memiliki peta-peta yang terperinci yang dirakam melalui kapal-kapal terbang, satelit dan alat-alat rakaman yang canggih serta berpengetahuan tentang garisan lintang serta garisan bujur permukaan bumi, juga mengetahui darjah ketinggian kawasan daripada paras laut. Semua kemudahan ini tidak didapati oleh manusia melainkan selepas 14 kurun daripada zaman Rasul s.a.w, akan tetapi Rasul sebelum 1400 tahun dahulu telah menentukan garisan yang lurus di antara Masjid Sana’a, bukit Dhin dan Kaabah, tatkala beliau menyifatkan pembinaan masjid di Sana’a.
Dan Baginda s.a.w telah menentukan tapak serta tempat masjid tersebut dengan sabda Baginda: (“Maka suruhlah mereka membina masjid di taman kepunyaan Bazan daripada batu besar yang berasal dari Ghamdan dan jadikanlah kiblatnya ke arah bukit yang dipanggil Dhin”). Dan apa yang telah disebutkan di dalam surat Nabi kepada Wabr (“Membina masjid daripada pagar kepunyaan Bazan dan menjadikannya bermula daripada batu besar sehingga ke temboknya”).
Baginda juga menentukan jarak sudut Masjid Sana’a dari bukit Dhin dan Kaabah dengan sabda Baginda s.a.w: (“Maka jadikanlah binaannya di sebelah kanan bukit yang dipanggil Dhin”).
Baginda menentukan arah yang tepat menuju ke Kaabah dengan menggunakan bukit Dhin sebagai tanda kepada masyarakat di kota Sana’a Lama.
Kemudian datang selepas pada itu ciptaan kapal terbang, roket dan satelit merakamkan gambar bumi daripada kota-kota, bukit-bukau serta lautannya dan mempersembahkan kepada kita gambar realiti kepada ketiga-tiga tempat yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w iaitu Masjid Sana’a, bukit Dhin dan Kaabah maka kita dapati ketiga-tiga tempat tersebut terletak di atas satu garisan lurus dalam keadaan ianya tempat yang berjauhan, permukaan bumi yang bulat serta tiadanya syarat-syarat yang diperlukan serta peralatan kajian ilmiah di zaman Nabi s.a.w.
Dan semua itu berlaku dengan kenyataan yang mudah, tanda yang jelas dan terang serta kerja yang teliti dan tepat.
Dalam masa yang sama Baginda s.a.w tidak pernah pun datang ke Yaman, tidak pernah melihat bukit Dhin, tidak pernah melihat taman kepunyaan Bazan, tidak juga melihat batu Mulamlamah. Dan manusia di zamannya tidak pun mengetahui jarak yang memisahkan di antara Makkah dan Sana’a.
Semua perkara di atas telah menyaksikan betapa sabda Baginda s.a.w itu bukanlah suatu kemampuan manusia di zamannya hatta beberapa kurun yang lama selepas zamannya. Sesungguhnya ia adalah wahyu serta ilmu ilahi !!! dan benarlah firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”. [13]
__________________________
[1] . Surah Al-Baqarah: 144.
[2] . Daripada Ali bin Abi Talib r.a “maka palinglah mukamu ke Masjid Al-Haram” dia berkata: “iaitu ke arahnya”. Dan ini juga kata-kata Abi ‘Aliah, Mujahid, ‘Ikrimah, Said bin Jabir, Qatadah, Ar-Rabie’ bin Anas dan selain mereka…...(tafsir Ibnu Kasir).
[3] . Sahih Bukhari. Jilid: 1, muka surat: 155.
[4] . Fathul qadir. Jilid: 1, muka surat: 153.
[5] . Diriwayatkan oleh Baihaqy di dalam kitab Syu’abil Iman: 6/187, bil: ( 7860 ).
[6] . Setelah nyata terhadap mereka mukjizat tentang kebenaran Nabi s.a.w tatkala Baginda memberitakan kepada mereka tentang berita terbunuhnya Kisra ( raja Parsi ) tepat pada malam kematiannya dan sampailah berita tersebut selepas itu membenarkan sabda Baginda tersebut s.a.w.
[7] . Sila rujuk kitab ( sejarah Sana’a ) yang dikarang oleh Al-Hafiz Ar-Razi.
[8] . Al-Mu’jam Al-Ausat. Jilid: 1/253. bil: (831).
[9] . Mu’jam Az-Zawa’id. Jilid: 2. muka surat: 599.
[10]. Al-Ishobah. Jilid: 6. muka surat: 599.
[11] . Beliau adalah: Al-Hafiz, Al-Muhaddis Ahmad bin Abdullah bin Muhammad Ar-Razi. Beliau telah mengarang beberapa buah kitab di antaranya ialah Tarikh Sana’a ( Sejarah Sana’a ) beliau meninggal dunia pada tahun: 460 H.
[12] . Untuk mendapat maklumat lebih lanjut sila layari laman web berikut: (/http: //earth.google.com).
[13] . Surah An-Najm: 3 & 4.
__________________________
Majalah E’jaz Ilmi. Bil: 26. Muharram 1428H
Oleh: Syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindany
Diterjemahkan oleh: Abu Hasyim Al-Yahya
Saturday, August 18, 2007
Kefahaman Mudah Tentang Keimanan
Sesungguhnya tumbuhan, haiwan, lautan, bukit-bukau, dan manusia, yang kita lihat pada alam yang kecil ini, sama ada yang hidup ataupun yang mati dan yang tidak mampu untuk kita melihatnya, itu semua adalah bukti yang jelas pada ciptaan Allah SWT.
Begitu juga dengan timbangan, peraturan, dan ciptaan yang begitu agung yang ada di seluruh alam ini, adalah bukti-bukti menunjukkan wujudnya Pencipta. Ilmu-Nya meliputi semua perkara dan ciptaan-Nya yang terbaik. Allah mempunyai hikmah dan mempunyai pengetahuan yang meliputi seluruhnya.
Sesungguhnya kita mengetahui adanya Allah ‘Azzawajalla daripada semua peraturan yang diciptakan-Nya dan sifat-Nya yang sempurna yang talah menjadikan segala alam yang wujud sama ada hidup ataupun mati. Dan telah disebut di dalam Al-Quran:
Yang bermaksudnya: (Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia)). [Al-Mulk:3-4]
Bagaimana untuk kita mengenal Allah SWT?
Semua yang kita lihat dan saksi pada alam semesta, itu semua adalah tanda daripada tanda-tanda Allah SWT itu Maha Agung. Yang tidak terhingga dan penyaksian pada kekuatan-Nya dan keagongan-Nya. Dan telah datang Al-Quran keluasan ilmunya dengan sifat Allah Azzawajalla. Al-Quran ialah kitab yang diutuskan untuk memandu manusia kepada jalan yang benar (huda). Al-Quran telah menukilkan kepada kita tentang sifat-sifat Allah SWT yang maha Agung. Hikmat-Nya, Pengetahuan-Nya, belas kasihan-Nya, rahmat-Nya, keadilan-Nya, pedegaran-Nya dan pandangan-Nya pada semua perkara.
Apa yang dikehendaki pada ciptaan kita?
Allah SWT telah memberitakan tentang apa yang dikehendaki pada ciptaan-Nya sebagaimana firman Allah di dalam kitab suci Al-Quran:
Sebagaimana ayat di atas, tujuan daripada penciptaan manusia di atas muka bumi ini ialah untuk beribadat (memperhambakan diri) kepada Allah SWT, untuk mencari keredhaan-Nya, melalui segala percubaan (imtihan) dan juga ujian yang telah menjadi sunah kehidupan di atas muka bumi ini.
Kenapa kita diuji di dalam kehidupan?
Ujian yang diberi oleh Allah SWT kepada manusia di dalam kehidupan ini adalah untuk membezakan di antara orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman. Membezakan di antara perkara buruk dengan perkara baik, dan untuk mengetahui siapakah di kalangan orang Mukmin yang lebih afdal amalannya. Justeru, sesungguhnya tidak memadai jika seseorang itu hanya berkata “aku beriman kepada Allah SWT”.
Kehidupan manusia semestinya kepada Allah SWT, beriman kepada-Nya, dan sentiasa berpegang kepada Agama Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Agama yang padanya penuh dengan ujian serta onak dan ranjau.
Untuk mencapai keikhlasan dalam kehidupan pengabdian kepada Allah SWT, tidak dapat tidak seseorang itu haruslah bermujahadah dalam menghadapi pancaroba dunia serta segala mehnahnya. Sebagaimana yang telah dijelaskan mengenai hakikat ini di dalam firman Allah SWT:
Bagaimana kita mahu menjadi hamba kepada Allah SWT?
Sesungguhnya manusia adalah hamba kepada Allah SWT, iaitu asas kehidupan yang sempurna adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT. Maka dengan ini di dalam setiap sembahyang dan amalan yang soleh, adalah semata-mata untuk mencapai keredhaan daripada Allah SWT dan menjadi seorang hamba yang sentiasa gerun (takut kepada-Nya).
Dengan yang demikian, setiap hamba sentiasa takut dan gerun pada Allah SWT dalam setiap fikirannya, percakapannya, amalannya, dan setiap gerak-gerinya. Itulah yang di kehendaki oleh yang maha Pencipta.
Allah SWT telah memberi amaran bahawa manusia adalah hamba kepada Allah SWT, maka perhambaan ini hendaklah merangkumi seluruh kehidupan, sebagaimana firman-Nya:
ِ
Kenapa agama itu penting pada kita?
Maka agama menunjukkan kepada kita jalan dalam setiap pergerakan, tempat, akhlak, dan jalan kehidupan yang diredhai oleh Allah ‘azzawajalla. Allah SWT telah meyakinkan kita pada firman-Nya bahawa sesungguhnya orang-orang yang menjadikan agama yang benar sebagai pegangannya adalah merupakan mereka yang diberi petunjuk, dan orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ikutan mereka itu adalah mereka yang sesat firman Allah SWT.